SEBELUM FLEUR, BISNES YANG SAYA USAHAKAN IALAH…

Selepas saya dan wife dah decide untuk defer offer further study ke UK daripada tahun 2015 ke 2016, duit yang sedia ada saya gunakan untuk membuka restoran western food di mana waktu tu Azizi T. Azmi & Jasni Noor handle kedai.
.
Malangnya, bisnes tersebut tak tahan lama.
.
Tak sampai setahun.
.
Bila dah sampai level saya kena topup gaji pekerja dengan menggunakan saving, saya merasakan yang bisnes dah susah nak survive.
.
Ditambah pulak dengan penglibatan saya yang hampir tiada di kedai ( Masa tu saya masih di Utusan ), bisnes dah mula suam2 kuku..
.
Bisnes pulak hidup segan, mati tak mau.
.
At last saya discuss dengan Azizi untuk tutup restoran tersebut. Maka, setiap staff diberikan masa untuk cari kerja baru.
.
Alhamdulillah, semua dapat kerja lain. Yang paling mustahak, tak ada gaji pekerja yang sangkut. Semua dibayar.
.
.
Nak tutup kedai pada awalnya bukan mudah.
.
Malu pun ada.
.
“Apa la… Orang buat bisnes, kau pun nak buat bisnes..Tapi pelik jugak.. Kau POWER marketing Mi!” kata seorang kawan saya..
.
“Aku dah kata.. Jangan bukak restoran.. Bisnes restoran ni bukan mudah..” nasihat saudara saya..
.
“Kalau buat bisnes makanan ni, masuk kosong jer.. TAKDE PENDINDING.. TAKDE PELARIS.. Mana maunya.. Sebab tu kedai bukak pun, orang kata tak bukak..” pesan orang sekeliling..
.
.
Tapi, bila saya fikir2kan, memang WAJAR kami menutup operasi kedai tersebut.
.
Daripada situ, saya mula muhasabah diri.
.
Di mana kesilapan saya pada ketika itu.
.
(+) CEPAT SANGAT NAK JADI BOSS.
Waktu tu, harap manager untuk arrange kedai. Saya datang sekali-sekali jer..
.
(+) MENGHARAP ORANG LAIN.
Itu point penting juga sebenarnya. Buat bisnes, tetapi mengharap kepakaran orang lain, IANYA AKAN MEMBUNUH KITA! Sebab apa? Kita bergantung pada orang..
.
(+) TAK FOKUS.
Waktu buka restoran, saya bekerja. Balik kerja, kadang2 singgah kedai. Duduk kat kedai pun tak lama. Panas punggung. Nak gerak dah.. Saya jenis tak boleh duduk lama2 di satu tempat..
.
(+) JIWA BISNES MAKANAN YANG HAMPIR ‘ZERO’..
Saya ni jenis yang tak memilih makanan. Apa yang ada depan mata, saya makan. Tak memilih.. Memasak pun tak pandai langsung.. so, buang masa saya get involve dalam industri yang saya memang tak boleh wujudkan KESUNGGUHAN..
.
(+) TIADA PERANCANGAN YANG PROPER.. SEKURANG2NYA SHORT-TERM PLAN..
Langsung tak ada. Just fikir dan buat. Then, bisnes melingkup! Baru padan muka..
.
(+) TAK ADA MENTOR. IKUT KEPALA SENDIRI.
Waktu tu memang tak terfikir nak cari mentor. Ingat bukak kedai, buat promo sikit, bisnes dah laju.. Tapi at the end, hampassss… Tak ada tempat rujukan.. Main bedal je ikut pemikiran dan cara sendiri.. Tak ada minta pandangan orang lain..
.
Dan macam2 lagi yang saya fikirkan..
.
YES! BISNES RESTORAN SAYA DITUTUP DAN RUGI!
.
Cuma, bila saya jual semula barang2 kedai, dapat la berapa ribu jer..
.
Tak balik modal langsung..
.
.
Tapi, saya belajar daripada apa yang berlaku.
.
Saya bertekad untuk tak lagi mengulangi kesilapan yang sama! Taknak masuk lubang yang sama untuk kedua kalinya…
.
.
TAK JADI KE UK, SO APA PLAN LAIN?
.
So bila dah dapat tau MARA tarik semula biasiswa, kami pun memang taknak ambil pinjaman pelajaran tu, saya dah mula fikirkan sesuatu.
.
Restoran pulak dah tutup.
.
So apa yang patut saya buat?
.
Saya fikir, lebih baik saya fokus dengan kerja di Utusan. Nak dijadikan cerita, bermula 1 Jan 2016, saya ditukarkan ke unit baru.
.
From Direct Unit to Government Unit.
.
Dulu, jaga client2 yang direct berurusan dengan Utusan. Bukan melalui agency.
.
Tahun 2016 tu, saya jaga 6 kementerian.
.
Kementerian yang saya jaga?
.
KPDNKK.. KPKT.. Kementerian Wanita.. NRE.. MOA.. KDN..
.
Yang paling menyesakkan waktu tu pulak, bermula daripada januari 2016 sampai la hari saya berhenti daripada Utusan, saya tak dapat sebarang KOMISEN..
.
Makan gaji basic RM1500 setiap bulan..
.
Sebab, submit proposal bulan januari, government confirm bulan march.. Tiba2 1st april, PM waktu tu DS Najib Razak announce tentang pengurangan bajet.
.
Antara perkara yang diminta untuk pengkajian semula adalah, bajet untuk media..
.
Memang naya.. Proposal kena ubah sekali lagi.. Submit semula bulan april.. June baru diberitahu kontrak boleh proceed.. Iklan dan advertorial berjalan.. Tetapi bayaran? Belum terima..
.
Bila tak ada bayaran? TAKDER KOMISEN..
.
Sehingga pada bulan July, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Keluar daripada Utusan. Start bisnes dan BERDIRI DI ATAS KAKI SENDIRI…
.
Bagi saya, saya masih punya masa dan usia. Walaupun saya fikir banyak lagi yang saya perlu pelajari di Utusan namun saya harus realistik. Saya lihat industri pengiklanan di akhbar sudah mulai terkesan dengan kewujudan social media & online platform.
.
Masyarakat juga sudah mulai kurang membaca akhbar.
.
Circulation menurun dengan mendadak.
.
SAYA TAK LIHAT MASA DEPAN DIRI SAYA DALAM MEDIA..
.
Saya boleh bertahan andaikata saya memilih untuk membuka MEDIA AGENCY.
.
Tapi, saya tak berani. Game media ni bukan dunia yang saya inginkan. Dunia yang bukan patut saya fokus. ( Tak perlu saya ceritakan tentang industri media. Siapa yang dah involve pasti tahu.. )
.
Then, time’s up! Saya kena start sesuatu yang baru..
.
Apa yang saya cuba mulakan selepas tutup restoran?
.
BUKAK BISNES CUCI KARPET MASJID..
.
Saya dapat projek cuci karpet2 masjid di sekitar Klang.. Shah Alam.. Damansara.. Subang…
.
Tapi….
.
Ianya cuma bertahan selama 2 bulan sahaja..
.
Sebab apa?
.
Ramai imam.. Pengerusi masjid atau surau.. Yang taknak bayar untuk mencuci karpet..
.
Tapi kalau SPONSOR, esok boleh datang cuci! Hahaha.. ( Maybe taknak membazir agaknya… Takpelah..)
.
So apa yang saya buat? Saya minta client2 untuk sponsor.. Antaranya.. ALMAS.. TNB.. JOHAWAKI.. BSN.. PLATINUM OIL..
.
Ini client2 yang saya rapat dan support saya..
.
Sumbangan mereka, saya minta beberapa orang kawan untuk jalankan kerja..
.
Yang paling rare, saya dapat kontrak mencuci masjid dan surau di seluruh Parlimen Sungai Besar semasa Pilihanraya kecil..
.
Budget dah masuk.. Jumlah keseluruhan RM40K.. Team pun selesai ukur semua size masjid dan surau area Sg Besar..
.
Then, tunggu payment masuk.. ( Tunggu punya tunggu, Pilihanraya pun dah habis…) 😂😂😂
.
Dalam masa yang sama saya terfikir…
.
Asyik nak mintak orang sponsor je sampai bila.. So kena la buat something.. Tapi memang tak ada idea..
.
Satu hari, Murah RezeKi Lutfi, sahabat saya bertanya..
.
“Cha, kalau lu sekarang ada 100 ribu, lu nak bikin apa?”
.
Serius saya HANG.. Memang tak ada idea!
.
“Wa memang takder idea bohhh.. Wa pun tak tau nak buat bisnes apa.. Kalau lu?” Saya cuma mampu mengembalikan soalan yang diajukan padanya semula..
.
Sebab, selepas tutup restoran, buat bisnes cuci karpet masjid, saya memang tak ada idea untuk bisnes…
.
SEHINGGALAH….
.
.
.
Saya terbaca muka depan di Sinar Harian…
.
Apabila terbaca artikel di muka depan sinar harian, membuka mata saya tentang BISNES!
.
Bisnes melibatkan kenderaan.. Tapi, saya tak tahu sebarang knowledge tentang kenderaan.. Kepakaran teknikal kereta? Takder..
.
.
IDEA MENUBUHKAN JENAMA PEWANGI KERETA PADA AWAL BULAN JULY 2016..
.
.
Kali ni, saya kena cari bisnes yang ada FUTURE.. Produk yang ADA DEMAND.. Produk yang MURAH.. End user SENANG BELI.. Dan kalau boleh, produk yang HAMPIR TIADA RISIKO.. HIGH RETURN.. FAST CASH..
.
Truttt truttt… (telefon saya berbunyi…)
.
“Mi, kamu kat mana?”
.
“Kat ofis.”
.
“Kamu datang ofis aku jap. Aku ada benda nak bincang dengan kamu. Aku rasa bisnes ni kamu boleh buat.”
.
(Panggilan telefon daripada mentor saya.. Tuan Rafik..)
.
.
Nak tau kisah seterusnya?
.
Sila komen yang positif. 😊😄😬😍😍😍
.
#fleur
.
P/s; Komen yang paling menarik & positif, saya akan berikan hadiah. Saya JANJI. 😝
.
[AMARAN]-GAMBAR LAST PALING RARE… 😂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *